Suarastra.com – Ada kalanya manusia melangitkan doa dengan kedua tangan terangkat, sedang hatinya masih menyimpan khilaf yang belum ditinggalkan. Bibirnya memohon ampun kepada Tuhan, namun langkahnya sesekali masih tersesat pada jalan yang sama.
Demikianlah manusia, dalam satu tarikan nafas, mampu berdoa dan berdosa. Bukan kerana tiada iman di dada, melainkan kerana hati sering kalah oleh kehendak dunia.
Namun, janganlah engkau berhenti berdoa hanya kerana dirimu masih bergelimang dosa. Sebab doa ialah jalan untuk kembali, sedang penyesalan ialah pintu yang mengetuk rahmat-Nya.
Ingatlah petuah orang dahulu,
“Jangan berasa suci kerana doamu tinggi menjulang, dan jangan berasa hina kerana dosamu menggunung. Selagi hayat dikandung badan, pulanglah kepada Tuhan dengan sesal dan harapan.”
Kerana yang paling jauh daripada Tuhan bukanlah mereka yang pernah berdosa, melainkan mereka yang merasa dirinya tidak lagi memerlukan ampunan-Nya.
Penulis : Avisapranatungga

